post kali ini sangat bermotif bagi aku..bagi org lain aku xtau..
tadi ada Kuiz Usrah, (jgn main2, usrah pon ad kuiz, naseb baik open book)..pergh, soklan dia mencabar gak, KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis) punya soklan..aku main hentam je..hrp2 jawapan aku diterima oleh naqibah..hua3..
sedang aku berjalan2 untuk buat kuiz, tiba2 terfikir, kenapa aku pilih Dentistry?
Alasan 1: adakah kerana gaji mahal, hidup senang, boleh beli kereta, rumah dan sebagainya..itukah yang aku mahu selama nie? tapi naluri hati aku mengatakan tidak..
Alasan 2: adakah kerana boleh tolong orang? bagi aku tidak jugak..blaja medic, jadi doktor lagi banyak boleh tolong orang..
for the first time, i am confusing myself with that Question..huh..
and then, i remember this ayah..(very simple yet has very deep meaning to me)
ولينصرن الله من ينصره
maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam)."
(al-Hajj-40)
dan barulah hati aku kembali tenang dan kini aku sudah mempunyai jawapan kenapa aku memilih dentistry..
mungkin alasan 1 dan 2 mungkin boleh dijadikan punca yang minor sahaja..(sape xnak duit, umah dan kereta wey..tipu arr kalo sape ckap xnak..seyes aku xpercaya..)
Apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah, InsyaALLAH, kita sentiasa tenang dan tidak ragu2 dalam melakukan sesuatu..
Dan sekarang aku tau aku masuk Dentistry nie bukan sebab aku yangpilih, tapi Allah yang hantar aku masuk Dentistry..
Sangat suka melihat wajah2 dan riak2 muka lecturer Medical..lalu, aku merindui Prof. Jalal yang selalu mengeluarkan ayat2 Al-Quran ketika mengajar kami Anatomy of Human..Hopefully, I can be the one of them..InsyaAllah..
So people, let's make a change.. :)
 |
Allah Ghayatuna.. |
p/s: teringat kata2 abah, "abah xbangga pon kalo anak abah amek medic ke, engine ke, dentistry ke, kalo xde ilmu agama didada." dan juga kata2 ini, "kak, lepas grad dentistry, nati sambung degree in Syariah pulok deh"..(speechless tapi hati berbunga2) :)