Monday, June 27, 2011

Umrah & Ziarah 2011 Part 2

dah lama xupdate blog..dah bersawang blog aku nie..
skrag ni time free, bolehlah update blog cket2..
sambung part umrah & ziarah hari tue..

I always hope that I can go to Saudi for umrah again and again.. *mcm penah denga je again and again nie..

credit to k.yana (suriana che harun), dia punya camera, so many pics here have her. :) btw, thanks ye teacher Suri..

tower kt belakang tu tower yang paling lawa aku penah tengok, act, KLCC lg lawa..Kaabah..

suqya zam zam



pak cik zakaria & k.yana..Pak Cik Zakaria nie berlakon dalam cerita Makbul tv2, khamis, pkul 9.
Arafah

terminal Hajj..airport jeddah

jeddah, Masjid Siti rahmah

makan2 kt airport Jeddah

menunggu di airport Jeddah before depart to malaysia
wassalam..
nota kaki: memikul tanggungjawab adalah sangat berat..fikir dahulu sebelum buat..

Wednesday, June 15, 2011

Umrah & Ziarah 2011 Part 1

Pada 19 Mei 2011, aku dan 7orang ahli keluarga bertolak dari Malaysia ke Makkah untuk menunaikan umrah..Alhamdulillah, kami selamat sampai dan pulang. aku cuma mengharap sentiasa dapat menjadi tetamu ALLAH setiap tahun..

semasa menunaikan umrah, banyak pengalaman yang aku dapat. ia sangat menginsafkan jika dihayati dengan sepenuh hati. Dan dengan ramainya orang Islam yang sentiasa datang ke sana untuk melakukan ibadah, aku yakin bahawa Islam akan sentiasa hidup, berkembang dan terus maju.

Aku dapat merasai sembahyang Jumaat 2kali (sekali di Masjid Nabawi dan sekali di Masjidilharam). Sembahyang jumaat paling best adalah kt Masjidilharam sebab x mengantuk. walaupun diri ini xterlalu fasih Arab, tapi faham la jugak cket2 khutbah yang disampaikan. Khutbah dia berkisar pasal 'kita harus kembali kepada fahaman Salaf '. untuk memastikan fahaman aku betul, aku tanya abah aku, dia mengiyakan.
Aku juga dapat berkenalan dengan seorang rakyat Mesir dan dia menceritakan keadaan di Mesir dan perasaannya terhadap x-presiden Mesir : " Mubarak must be killed!!" ( pentingnya Bahasa Arab kat sini kalau korang semua nak tau, kalo x, cakap pun rojak Arab dan English.) 

Aku juga dapat tgk 'live' puak2 syiah solat tepi aku. Diorang siap bawak batu karbala lagi. Pastu ada yang promote Iran lagi kt aku, pastu siap tanya aku pasal revolusi kt Bahrain. Memang sah diorang  ni syiah. kecut perut aku. 

Kami balik ke Malaysia pada 3 Jun 2011.Rasa sedih datang apabila nak tinggalkan Tanah Haram, kalo boleh nak duk lama cket..huhu..oklah, asyik bercerita ja, kita tengok gambar pulak.. 

sebelum bertolak ke Jeddah

dalam bas untuk ke Terminal Haji


payung sedang dibuka
payung sudah terbuka

masjid nabawi pada malam hari ( ignore je orang dalam pic ni)

di bukit Uhud

Masjid Quba'

Masjid Qiblatain (once again, ignore ye orang dalam tue)

kt muzium, bersama pak cik Zakaria dan mak cik fatimah

at museum, depan pintu kaabah

dari kiri: k.yah, me, zaeemi, k.sulha, umi, k.yana (tiada dalam gmbar: abah dan khali him)

kt tempat tenunan.



to be continued...