Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

post yang bermotif..

post kali ini sangat bermotif bagi aku..bagi org lain aku xtau..


tadi ada Kuiz Usrah, (jgn main2, usrah pon ad kuiz, naseb baik open book)..pergh, soklan dia mencabar gak, KBKK (Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis) punya soklan..aku main hentam je..hrp2 jawapan aku diterima oleh naqibah..hua3..


sedang aku berjalan2 untuk buat kuiz, tiba2 terfikir, kenapa aku pilih Dentistry?


Alasan 1: adakah kerana gaji mahal, hidup senang, boleh beli kereta, rumah dan sebagainya..itukah yang aku mahu selama nie? tapi naluri hati aku mengatakan tidak..


Alasan 2: adakah kerana boleh tolong orang? bagi aku tidak jugak..blaja medic, jadi doktor lagi banyak boleh tolong orang..


for the first time, i am confusing myself with that Question..huh..


and then, i remember this ayah..(very simple yet has very deep meaning to me)


ولينصرن الله من ينصره
maksudnya: "Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamanya (agama Islam)."
(al-Hajj-40)


dan barulah hati aku kembali tenang dan kini aku sudah mempunyai jawapan kenapa aku memilih dentistry..
mungkin alasan 1 dan 2 mungkin boleh dijadikan punca yang minor sahaja..(sape xnak duit, umah dan kereta wey..tipu arr kalo sape ckap xnak..seyes aku xpercaya..)


Apabila kita melakukan sesuatu kerana Allah, InsyaALLAH, kita sentiasa tenang  dan tidak ragu2 dalam melakukan sesuatu..


Dan sekarang aku tau aku masuk Dentistry nie bukan sebab aku yangpilih, tapi Allah yang hantar aku masuk Dentistry..


Sangat suka melihat wajah2 dan riak2 muka lecturer Medical..lalu, aku merindui Prof. Jalal yang selalu mengeluarkan ayat2 Al-Quran ketika mengajar kami Anatomy of Human..Hopefully, I can be the one of them..InsyaAllah..


So people, let's make a change..  :)


Allah Ghayatuna..




p/s: teringat kata2 abah, "abah xbangga pon kalo anak abah amek medic ke, engine ke, dentistry ke, kalo xde ilmu agama didada." dan juga kata2 ini, "kak, lepas grad dentistry, nati sambung degree in Syariah pulok deh"..(speechless tapi hati berbunga2) :)

Saturday, January 29, 2011

KONTROVERSI (nikah)

sebut pasai nikah je..kontroversi..
nie xdak kena mengena ngan aku dan sape2 yang hidup ataupun yang telah meninggal..
aku terbaca artikel pasai nikah kawen nie..
tiba2 je rasa nak baca..dulu kalau artikel bab2 kawen nie, aku tolak ke belakang dulu nak baca sebab aku malu, aku rasa aku masih muda tuk baca benda camtu..

lepas baca artikel tuh..pemikiran aku yang xelok pasai nikah kawen nie terpada..thanks kepada penulis yang berjaya membuka pintu hati aku.. :)
aku bukan ape..aku memang xleh terima pasai kawen awl nie, even parents aku suh aku kawen awal..aku rasa mcm xselesa la, xbebas la, dan sumelah..tue dulu..after aku baca artikel nih..pemikiran aku bertukar dah..so, no wonderlah parents aku suh kawen awal..xde la awal sgt..tp before aku umur 25 la..rupa2nya ade dalam hadith..

meh kita tengok isi kandungan artikel yang aku war-warkan best tue.. :)

aku terbaca salah satu maksud ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!
“
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)
Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.
Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:
“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.
Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)
Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"
Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:
Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami ""Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)
Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.



Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"
Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.
Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah
“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)
haaa..macam mne?? sape xberubah pemikiran wei..begitu banyak dalil2 dan hadith2 yang dilontarkan..samapi aku terkaget baca...hohoho..
a good one lah.. :)
i loike!!! :) 

Friday, January 21, 2011

when your heart broken into pieces...

nie bukan entri yang mana aku patah hati taw..
nie adalah entri dimana cara2  untuk menenangkan hati yang kusut masai dan patah hati..
seriously, kalo hati anda dalam keadaan bercelaru, anda xboleh untuk melaku kan apa2..setuju??
nak study ka, nak berdakwah ke, nak ape ke..sume xmenjadi..(sedikit pengalaman dari diri sendiri)

perkara pokoknya adalah kembali kepada ALLAH..kerana ALLAH sebenarnya yang memegang hati2 kita..
oh, aku memberi tazkirah disini.. :)

firstly, sentiasa berzikir dan ingat pada ALLAH..kerana sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati     menjadi tenang..

secondly, sentiasa berdoa dan solat sunat rawatib..
umi aku selalu pesan jgn tinggalkan solat sunat qabliah time subuh..
insyaALLAH, dunia akan tunduk pada mu..dan selalu lah berzikir

 "سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم استغفر الله العظيم"



lepas tue pulak, mintaklah nasihat kawan2 anda yang boleh dipercayai..
alhamdulillah, terima kasih pada kawan aku yang sudi bagi kata2 semangat semasa aku dalam kesusahan..thanks ye bakal sepupu ku..kikiki.. :)

another way is hearing to the songs that can sooth your heart..
bagi aku, aku suka lagu Sami Yusoff (Healing, He Is There, Without You, You Came To Me)
dan lagu terbaru tiba2 dengar dalam IKIM..mcm tau2 je aku tgh patah hati time tue..
lagu patah hati by Saujana..

tunjuklah cket lirik dia yang boleh menaikkan semangat aku supaya terus kehadapan.. :)
lirik yang nie je, lirik sebelumnya xde kena mengena dgn aku..


PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
see..renung2kan..insyaALLAH..you will be OKAY.. :)
last but not least...SABAR..
Sabar kan separuh daripada IMAN..
فصبرون جميل والله المستعان على ما تصفون
maka hanya yang bersabar itu adalah terbaik. dan kepada ALLAH sahaja pertolongan dipinta
(YUSUF: 18)

sekian...wassalam

Tuesday, September 28, 2010

jom

jom kawan2 masuk usrah..
demi tarbiyah diri sendiri dan ummah..

sebut pasal tarbiyyah..
ape itu tarbiyyah??

tarbiyyah tue adalah didikan akhlak dan jiwa ke arah yg lebih baik dan menuju redha Ilahi..
(bunyi nye sgtlah susah) tp sbnrnya senang je..sbb kita bkn keseorangan..
kite berteman..bnyk lg kawan2 yg memerlukan tarbiyyah..

kerana apa???

kerana tarbiyyah itu kenalah sentiasa BERTERUSAN kawan2..sampailah kita tua...

jom kita berusrah..berusrah itu maybe nmpak berat bg kawan2..
tp sebenarnya sgt ringan dan seronok pabila kita rasa penting nye usrah dan tarbiyyah itu..

apa kepentingan nye tarbiyyah nie??

haa, pentingnya tarbiyyah nie sangatlah PENTING..
kenapa???

dengan tarbiyyahlah membuat kita bernilai..
kita tidak akan jadi manusia yg seperti robot yg tiada hala tuju nya kawan2..

dengan tarbiyyah kita tahu ape yang sebenarnya yg lebih utama dlm idup kita..
bukan distinction yang kita cari, bukan duit yang banyak yang kita kejar, bukan nama yg kita kejar..kerana itu hanya lah sementara..krana itu hanyalah persinggahan kita utk menerajui hidup yang abadi iaitu AKHIRAT kawan2..masyaALLAH..

tp kita ingin mencari keredhaaan ALLAH dan kemenangan ISLAM utk kehidupan hakiki..

tp dgn cara apa?

haa..Rasulullah dulu pown wat usrah, sbb pe??sebabnya nk bg sume faham ttg ISLAM..
jom kita ikut Sunnah baginda..

jom kawan2..

kenapa sy sibuk ajak nie???

sbbnya saya sangat SAYANG kn kawan2 sy..!!!!