Showing posts with label kata hati. Show all posts
Showing posts with label kata hati. Show all posts

Wednesday, April 6, 2011

sibuk kah?

Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum..
lame xupdate blog nie..banyak nk tulis dalam blog nie kerana blog ini adalah diari aku dimana jika ditakdirkan aku hilang ingatan, aku boleh terjah blog ni..

sibuk kah aku dalam minggu ini..supposedly tidaklah..tapi desebabkan terlalu banyak tajuk yang perlu di revise..maka terjadilah SIBUK itu..aku sangat mengagumi abah aku, baginya tiada istilah SIBUK dalam hidupnya..kerja yang berlambak bukan dinamakan sibuk, tapi ia dinamakan KERJA..kalo aku, banyak cket jah kerja..mulalah sibukla, xsempatla..hohoho..inilah akibat apabila sangat suka memanjakan diri sendiri..

sabtu minggu lepas, 2 April..
buat surprise kt birthday girl..esah..Esah, happy birthday yang ke-21..tua dah awak..
anyway.."mak" sayang awak.. =)
terima kasih kepada korang yang menjayakan program ini..hehehe..

dari depan:birthday girl: esah, fareez & ummi
anas dan aku.. =)
mariah, alkaff, qayyimah
dua budak bajet..izz dan wani..
ahad, 3 April, motivational talk daripada Prof Dr Muhaya..sgt2 best..dan sekarang aku mempunyai 10 goals yang aku kena capai..aku akan publish 10goals aku apabila 2 drpd goals aku tercapai..terima kasih kepada Prof Dr. Muhaya sebab banyak bg tip2 untuk berjaya dan untuk sentiasa berfikiran positif

dan, isnin, 4 April..kami telah dikejutkan dengan ini...
what?? exam 3hb May..kata 9hb May..xpelah, nak wat camne..tengok sekali lagi..what?? last exam 20hb May..what the...mmg sah aku kena balik awal walau mcm mna pun..huhuhu..aku just nak LULUS..
wassalam  =)

nota kaki: malam nie balik kelate..ngan wani..wani hasut aku balik awal..aku xbersalah..


 

Thursday, March 31, 2011

kemaruk..

semalam, dalam pukul 11  pm..after kelas tasmi', dapat panggilan daripada kawan aku, afifah budak medic, bagitau yang kawan aku( rumet kt CFS) Halini sakit..mase kt CFS dulu penah la jugak sakit..aku tengok dia pon, aku yang rasa sakit..apatah lagi dia yang menaggung kesakitan..huh..

disebabkan malam, aku pun ajak la Andah teman, lagipun Andah kawan baik Lini..kitorang pon pergi lah HTAA..sampai2 je kt sana, bukan Lini je yang sakit, afifah pon sakit..dia terseliuh dan xleh nak jalan pun..kesian betul bakal2 doktor nie..haish..

ok, seriously aku xsuka hospital sebab bau ubat dia..memang buat aku loya..tapi aku gagahkan juga..that's not the point..nak bagitau kt cni..sepanjang aku duk kt hospital tue, aku dapat tengok betapa tekunnya para doktor bekerja..48jam kot tanpa henti..pergh..hebat dan sangat tabah lah diorang nie..patutla cousin aku penah pengsan segala..patient bukan main ramai..memang xde masa nak rehat langsung..kesian2..

sedang kami tunggu turn nak jumpa doktor..aku pun borak ngan Andah..
aku: Andah, ko nanti mesti camni kan?
andah: aah..yela..

aku: abes tue, anak ko camne?

andah: aku anta la kt ko..

aku: hah?? boleh jugak..tue pun kalo aku duk KL la..kalo aku duk Kelantan, xleh la jaga anak ko..

andah: weh, duk la KL..senang cket..

aku: ko doakan lah suami aku pun keje kt KL..heee..

( Andah, cepatlah kawen ngan ***ue..aku doakan ko bahagia..(: )

 silly conversation of us.. =)

After teman Afifah jumpa doktor dan amek ubat, kitorang borak2 sambil tunggu Halini yang belum selesai jumpa doktor.kami.bertanya khabar..maklumlah, lama xborak2 & xjumpa..
pastu aku cerita la kt dia pasal perbincangan 'nakal' aku dan Andah tadi..ceh, respon dia xley blah..

afifah: k.taqwa, saya pun nok jugak..jaga la anak saya jugak..

aku: hehehe..boleh je..tapi awak pun nak keje KL ke?

afifah: alaa, bukan time keje lah, time belajaq nie..

aku: iye iye je budak nie..betol ka hang nak kawen time blajaq nie??

 afifah: betoi la..hehehe..

aku: boleh je..xkisah..k.taqwa suka ngan budak2 nie..lembut cket ati..

afifah: betoi nie..saya dah book k.taqwa..

aku: insyaALLAH..

advance nya lah kawan2 aku nie..semoga mereka dipertemukan jodoh yang soleh dan beriman..
same goes to me lah..heeeee..nak jugak..

kami balik dari hospital dalam pukul 1.45 am..
best jugak kuar malam2 and racing malam2 kt bandar kuantan..

wassalam..
nota kaki: belajar menerima seseorang dengan hati yang terbuka..jgn sekali-kali membenci orang..

Tuesday, March 29, 2011

PRO exm is coming..

 handphone Sony Ericsson Zylo aku..
tiba2 je xde..kt mne la hp tu..maybe dalam kerea kot..hopefully dlm kereta lah..
aish..taqwa nie..teruk betul..

actually pagi nie ade kelas Oral Biology Dr Bo Bo KO..tapi tiba2 cancel..our class will be start at 10.30 a.m..
hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati kecil ini... :)

profesional exam is coming..xsampai 40hari dah..yet, i'm still in the comfort zone..( actually it is very dangerous zone bcause i study nothing) aduhhh..parok2..

Taqwa,
Strive for Excellent..
kalo orang lain boleh buat, kita pon boleh buat.. ye x?
motivational talk from Dato' Dr Sharifah Fauziah Alhabshi semalam sangat memberi kesan kepada aku..hopefully kepada kawan2 yang lain juga. :)
Can't wait for Prof. Dr. Muhaya to come here (UIA Kuantan) this sunday..she is such a good doctor (pakar mata x silap aku) and a good motivator and also counsellor...selalu baca buku beliau dan dengar beliau melaui radio je..kali ni, nak bertentang mata dengan beliau..ah, seronoknya dapat jumpa orang yang kita admire... :)

semalam juga, ade lab  untuk ECG..alhamdulillah, heart aku normal, xde tachycardia, bradycardia & myocardial infarction. aku punya heart rate within the normal average : 86beat/ min..sihat nye budak nie, anak sapa nie?? :) *level of self satisfaction is very high* dushhh..

mcm ni lah gamak nye..selalu tengok nie dalam movie @ drama..sekarang baru aku faham..

satu contoh dari bacaan..nie adalah heart yang normal..



wassalam..
nota kaki: hati tidak mendengar kata2 ku, dia xnak give up..so, I can't give up.. :) 
LIVE LIFE A LITTLE DANGEROUSLY

Saturday, March 26, 2011

Khabar Muslim Seantero Dunia..

sangat menarik dan bnyak input yang aku dapat..
dari pukul 8.00a.m-5.00pm..tapi aku ponteng yang petang sebab xsihat dan sgt letih..
ok, lets the pictures do the talking.. heh..(ini kerana penulis malas..)

isu semasa-usrah aku

republik czech & Bosnia-usrah wawa aka cousin aku

selatan thailand-dulunya Islam berkembang pesat..izz dan aku.. :) Thanks Izz sebab join..sayang kamoo..

adik2 drpd SEK MEN SULTANAH KALSOM bermain snake ladder

one of the famous games-kt Palestin's booth


hadiah bagi pemenang snake ladder..coklat Kisses tuh..

bajet creative la tue..jarang dapat peluang mcm nie..

aku & member usrah aku(fah)

Amelogenesis & Dentinogenesis of ISLAM.. :) lepas je lukis nie, terus balik mahallah..

exhibition tamat lepas zohor dan Talk daripada Dr Zaidatul Akma bersambung..
satu kerugian sebab xhadir..tapi hak2 badan mesti didahulukan..mesti kena cari sape2 yang record talk tadi..

wassalam.. :)

Wednesday, March 23, 2011

Ammad..

Ammad..
sape nie?? pakwe?? adik?? abang??
semua salah..
Ammad nie adalah anak kepada salah seorang kawan aku a.k.a senior mse sekolah Kiblah (kak Nawal)
K.nawal sekarang menetap di Indonesia, dan sgt berharap beliau sekeluarga ziarah Malaysia..nak tengok Ammad live..(mcm artis plak awak ye Ammad)
dah ramai rupanya kawan2 aku yang dah berkahwin dan mempunyai anak..Alhamdulillah..rezeki masing2.. :)

Ammad nie sgt comel..everytime aku bukak fb, aku mesti tgk gambar dia..
'sorry k.nawal, jadi stalker jap..
anak k.nawal toooomey sgt..saya sudah jatuh hati pada Ammad.. :)'
just look at him, make me forget about the annoyed matters...

actually, tgk sume baby boleh buat kita lembut hati..oh, suci nye kamu wahai bayi2 sekalian..

ammad..tomey nye kamoo..

kapan akan kita ketemu mmad ya..tanta kepingin jumpa sama kamu..(bahasa indon yang aku reka sendiri)

aku sudah mendapat pangkat mak cik..gembira + sedih bercampur baur..


Monday, March 14, 2011

azam ku masa kini dan masa hadapan...

balik Kota Bharu last weekend..after melalui suka duka selama dua hari..lastly, I end it up with ' new azams'..

1. belajar untuk menerima daripada mengkritik..critical thinking is good but sometimes don't be too critical..setiap berlaku pasti ada alasan nya..

2. ingin menjadi anak kepada ibubapanya seperti umi aku..InsyaALLAH..amin.., aku respect umi aku, dia sgt bertuah sebab dapat suami mcm abah aku..hehehe..umi aku dikira anak yang penyabar sbb nenek aku stubborn,oppss..bukan umi aku sorang, adik beradik umi aku lah.. tapi aku sayang nenek aku, sbb kalo dia senyum, hati aku jadi lembut..dan dia suka cerita masa dia muda2 dulu..seriously, ingatan dia sgt tajam..kagum aku..

3. Ingin menjadi menantu yang baik terhadap mentuanya seperti abah aku dan mak sedara aku, Khola..walaupun nenek aku jenis keras kepala, diorang ikut je ape yang nenek aku mintak..very awesome people aku rasa..nak sgt jadi seperti mereka yang sgt menyayangi mentuanya walaupun bukan mak ayah diorang sendiri..

mak sedara aku dan ummi aku

4. Want to give up on something that I feel it will never end..no answer at all..and now, I just want to give up..qayyimah have asked me, 'awak dah cukup berusaha ke sampai nak give up?'..ALLAH dah bagi saya petunjuk untuk saya lupakan that thing qayyimah..(full stop)..

5.tidak tidur pagi..ummi aku ade bgtau kalo tidur lepas subuh nie, rezeki mahal..aku mcm xley terima, lama aku fikir, barulah aku boleh terima..cuba korang fikir elok2 dan bezakan time korang tidur pagi dan xtido pagi..for sure hari yang korang x tidur pagi  adalah hari yang sangat bermakna..kenapa?? kerana korang telah menyiapkan banyak kerja dalam hari tue instead of korang  TIDUR..hah..amacam..still don't get the point?? kalo xfaham lagi,xtau lah..bebal sgt kot sbb selalu tidur pagi..huhuhu..( ayat sangat jahat di sini..minta maaf..)

semoga kita dihindari daripada malapetaka dan bencana alam..doakan juga penduduk2 di jepun supaya selamat dari bencana nuclear leakage..sama2lah kita doakan..

Thursday, March 10, 2011

^-^

yeay, esok balik rumah...
(kenapa sangat gembira?? orang lain pown balik jugak) ini kerana sakit aku yang lepas extraction tooth xabes lagi..that's why lah keinginan untuk balik rumah sangat meninggi dan sangat teruja..

betullah orang cakap (orang mane?aku pun xtau), sakit gigi nie adalah paling sakit lepas sakit nak bersalin..dia punya sakit tue ade ummmph lah..kalo sape xpenah sakit gigi, aku sarankan rasalah even sekali seumur hidup..dulu, duk tgk abah aku je sakit gigi, sampai xleh wat keje..sekarang nie, rasa sendiri, lagi masyuk!!

oklah, aku balik Kelate esok.. :)
rindu umi dan abah...(actually, umi dan abah aku hok rindu kt aku, siap tepon bagai tnya nak balik bila..heh..)

Tuesday, March 8, 2011

tests from ALLAH

Al- Baqarah: 233
'seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya'

ujian yang selalu kita dapat adalah ujian yang kita mampu tanggungi..apabila diberi ujian oleh ALLAH, bersyukur lah, kerana kemungkinan dinaikkan martabat..terimalah dengan hati yang terbuka dan tanganilah ia dengan bijak.. :)

bercakap pasal ujian, semua orang tidak terlepas daripada ujian ALLAH..tapi lain orang, lainlah ujian nya..

ok, aku nak cerita ujian yang menimpa diri ku yang malang ini..opsss, diri yang bertuah ini..

semalam, aku wat dental treatment, gigi 2nd molar aku kena extract..kakak tue ade tnya nak wat RCT (root canal teratment) @ extraction?? aku cakap, depend on doctor lah..lgpun gigi aku tue dah expose ke pulp dan enamel pon xleh diselamatkan lagi..(opsss, ini bukan sebab aku xsuka berus gigi, nie sebab tahap immunity dalam oral cavity aku rendah) aku berus gigi 3kali sehari taw.. bangun tido sekali, before tido dan lepas lunch..

so, kami bercadang untuk buat extraction( cabut gigi)..firstly, kena amek x-ray, pastu check2 cket dan paling menakutkan time kena inject anasthetic..takut weh, sebab student yang buat..aku pown kebas dan xrasa pape..dan bermulalah proces extract tooth nie..xpernah dalam hidup aku, gigi aku kena tarik sebanyak 5 kali baru la dapat keluarkan..lepas siap extract, kakak tue bg aku balik, tapi yang pelik nya, dia xsuh aku pegi amek antibiotik, ubat tahan sakit dsb..haih, 'xpelah, maybe jap2 lagi xsakit la kot'..after 1hours, sakitnye menjadi2, aku duk dalam kelas tiba2 air mata menitik sebab tahan sakit..dalam hati.'Dr HTar, cepat la abeskan lecture'..serius sakit mcm nak tumbuk2 je tempat yang sakit tue..time tue sabar lagi, kejap lagi xsakit la tue..tahan punya tahan,sampai sekarang still sakit dan kena depend on pain killer..sabar taqwa, ALLAH nak hapuskan dosa mung tu..insyaALLAH..




ujian yang kedua adalah ujian yang rasanya setiap orang telah merasainya dan sedang merasainya..ok, masalah hati..banyak2 lah beristighfar kerana masalah ini adalah masalah yang sangat besar..hasad dengki, takabbur, riya' dan sebagainya boleh membunuh kita..sama-samalah kita jauhi..


bersabarlah dalam menempuhi ujian..dalam kepahitan ada kemanisannya.. :)


p/s: already gave a hint to him, but he is as cold as usual..huh..

Monday, January 31, 2011

dedicated to them..

Demonstrasi besar-besaran menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak, meletak jawatan sejak Selasa lalu, sejurus selepas rakyat Tunisia, melalui 'Revolusi Jasmin' menumbangkan Presiden Zine El Abinine Ben Ali, bakal merubah landskap politik di Timur Tengah dan Utara Afrika. Kejayaan penunjuk perasaan di Tunisia menamatkan pemerintahan kuku besi Ben Ali selama 23 tahun dalam tempoh 48 jam, bukan saja memberi inspirasi kepada rakyat Mesir, malah merebak ke negara serantau seperti Algeria dan Yaman walaupun bantahan di kedua-dua negara itu tidak sebesar di Mesir.-berita harian by Manja Ismail.

ada orang tanya kenapa kita masyarakat kt Malaysia kena amek tahu pasal benda nie..padahal tu kan kerja masyarakat Mesir..xpyh lah kita duk bimbang..

dari pandangan diri yang kerdil ini,
Mesir tue adalah negara Arab yang terbesar di antara negara Arab yang lain..
jatuhnya Hosni Mubarak, ini bererti Ikhwanul Muslimin akan memerintah..so, kalo IM memerintah, maka peluang cerah untuk bebaskan Palestin..di mana yang sekarang nie kt Mesir ade tembok yang memisahkan Gaza dan Mesir di Rafah..dan ini akan menaikkan semangat negara2 Arab yang lain yang selama ini menjadi boneka Israel..

doakanlah yang terbaik untuk Mesir dan negara2 Islam di dunia..Kemenangan di Mesir bererti kemenangan umat Islam..jikalau sekiranya IM dapat memerintah di Mesir, for sure aku nak g sambung belajar kt sane..hehehe.InsyaALLAH..AMEEN..

apelah nasib kawan2 kita di Mesir sana..harap mereka kuat iman dan semangat..


paling kiri: Husni Mubarak

Saturday, January 29, 2011

KONTROVERSI (nikah)

sebut pasai nikah je..kontroversi..
nie xdak kena mengena ngan aku dan sape2 yang hidup ataupun yang telah meninggal..
aku terbaca artikel pasai nikah kawen nie..
tiba2 je rasa nak baca..dulu kalau artikel bab2 kawen nie, aku tolak ke belakang dulu nak baca sebab aku malu, aku rasa aku masih muda tuk baca benda camtu..

lepas baca artikel tuh..pemikiran aku yang xelok pasai nikah kawen nie terpada..thanks kepada penulis yang berjaya membuka pintu hati aku.. :)
aku bukan ape..aku memang xleh terima pasai kawen awl nie, even parents aku suh aku kawen awal..aku rasa mcm xselesa la, xbebas la, dan sumelah..tue dulu..after aku baca artikel nih..pemikiran aku bertukar dah..so, no wonderlah parents aku suh kawen awal..xde la awal sgt..tp before aku umur 25 la..rupa2nya ade dalam hadith..

meh kita tengok isi kandungan artikel yang aku war-warkan best tue.. :)

aku terbaca salah satu maksud ayat Al Quran yang membuatkan aku tersentak!
“
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)
Merupakan suatu perintah Allah agar segera menikahkan orang-orang yang masih bujang di kalangan kita.Bahkan seandainya kita termasuk golongan yang tidak mampu, jangan bimbang Allah swt sendiri akan memampukan kita.
Andai kita belum yakin dengan ayat Allah SWT perkataan apa lagi di dunia ini yang dapat menjadikan kita yakin terhadap sesuatu? Bah kan Rasullulah juga bersabda yang bermaksud:
“Carilah oleh kalian rezeki dalam pernikahan (dalam kehidupan berkeluarga) “
(Hadith riwayat Imam Ad Dhalani) dalam Musnad Al Firdaus
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.
Abu Bakar As Siddiq pernah berkata “ Taatlah kamu kepada Allah dalam apa yang diperintahkan kepadamu iaitu perkahwinan,maka Allah akan melestarikan janjiNYA kepadamu iaitu kekayaan".

Allah telah berfirman “Jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya” (QS Annur:32)
Apa lagi alasan mereka yang telah diberi kesihatan tubuh badan ,keinginan yang kuat untuk bersama pasangan dan mempercayai Allah sebagai tuhan(ialah) untuk mengatakan diri ini belum memilih nikah sebagai jalan? Andai membujang itu suatu pilihan yang diberikan kepada mereka yang beriman.Maka ia adalah sesuatu yang dikategorikan sebagai kehinaan.
Rasullah bersabda lagi,Hadith Saad bin Abi Waqas berkata :
”Rasullulah saw melarang Uthman bin Mazun dari membujang,seandainya baginda merestuinya,pasti kami akan membujang" (Sahih Muslim)
Sabda baginda lagi: dari Anas ra, Rasullulah Al Ma’shum bersabda,
“Barangsiapa mempunyai anak perempuan yang telah mencapai umur 12tahun,lalu ia tidak segerakan mengahwinkannya kemudian anak perempuan tersebut melakukan dosanya di tanggung oleh ayahnya". (Hadith riwayat Baihaqi)
Ibnu Ma’ud pernah mengatakan, "Seandai tinggal sepuluh hari sahaja dari usiaku ,niscaya aku tetap ingin kahwin agar aku tidak menghadap Allah dalam keadaan masih bujang"
Sahabat-sahabat sekalian,seandainya mahu merenung akan hadith-hadith ini,maka apa lagi yang dinanti,berusahalah sedaya upaya kita untuk menikah.Kerana hadith yang menyuruh bernikah berbunyi:
Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"

Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;

"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami ""Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puas itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)
Seandainya kita telah berusaha sedaya upaya,serahkanlah semuanya pada Allah.Dialah yang memberi rezeki.Bukanlah orang itu termasuk dalam golongan tidak mampu,seandainya dia terus membiarkan dirinya saja,tidak berbuat apa-apa lalu apabila ditanyakan kepadanya lalu dia menjawab TIDAK MAMPU.Akan tetapi seorang yang tidak mampu adalah mereka yang telah berusaha sekuat hati ,namun hasilnya tetap di tahan oleh Allah SWT sebagai ujian untuk dirinya.



Seorang saudara mengadukan dirinya yang masih kurang iman kepada sahabatnya,
"Saya rasa masih tidak kuat lagi untuk menikah” .

Jawab sahabatnya,
"Justeru kerana kamu masih belum kuat imanlah kamu harus menyegerakan nikah, kan nikah itu menyempurnakan separuh dari agama ?"
Lantas di sebabkan iman kita yang kurang inilah kita harus segera bernikah.Bagaimana kalian sahabat-sahabat ku? Luruskan niatmu , jangan bernikah kerana keSERONOKan di dalamnya,jangan pula kerana orang mengatakannya BAIK atau apa sebab lain pun selain dari
Aku nikah kerana ALLAH dan RASUL SURUH !Dan carilah pernikahan yang barakah.Zainab bin Jashyi dan Zaid bin Harithah yang cukup kuat iman mereka pun bercerai akhirnya.Zaid anak angkat Nabi,kekasih nabi,panglima perang ,manakala Zainab,ummul mukminin, satu figura yang tidak mungkin ada kelemahan dari imannya, mungkihkah lagi keimanan mereka diragukan.Lantas sahabat semua serahkan segalanya pada Allah SWT.
Bahagia bukan terletak pada kesenangan hidup,banyaknya harta,indahnya pasangan dan sebagainya.Bahagia itu terletak pada, firman Allah
“ Dan diantara tanda-tanda(kebesaran)Nya ilah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri,agar kamu cenderung dan berasa temteram kepadanya.Dan menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang”. (QS anRuum:21)
haaa..macam mne?? sape xberubah pemikiran wei..begitu banyak dalil2 dan hadith2 yang dilontarkan..samapi aku terkaget baca...hohoho..
a good one lah.. :)
i loike!!! :) 

Friday, January 21, 2011

when your heart broken into pieces...

nie bukan entri yang mana aku patah hati taw..
nie adalah entri dimana cara2  untuk menenangkan hati yang kusut masai dan patah hati..
seriously, kalo hati anda dalam keadaan bercelaru, anda xboleh untuk melaku kan apa2..setuju??
nak study ka, nak berdakwah ke, nak ape ke..sume xmenjadi..(sedikit pengalaman dari diri sendiri)

perkara pokoknya adalah kembali kepada ALLAH..kerana ALLAH sebenarnya yang memegang hati2 kita..
oh, aku memberi tazkirah disini.. :)

firstly, sentiasa berzikir dan ingat pada ALLAH..kerana sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati     menjadi tenang..

secondly, sentiasa berdoa dan solat sunat rawatib..
umi aku selalu pesan jgn tinggalkan solat sunat qabliah time subuh..
insyaALLAH, dunia akan tunduk pada mu..dan selalu lah berzikir

 "سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم استغفر الله العظيم"



lepas tue pulak, mintaklah nasihat kawan2 anda yang boleh dipercayai..
alhamdulillah, terima kasih pada kawan aku yang sudi bagi kata2 semangat semasa aku dalam kesusahan..thanks ye bakal sepupu ku..kikiki.. :)

another way is hearing to the songs that can sooth your heart..
bagi aku, aku suka lagu Sami Yusoff (Healing, He Is There, Without You, You Came To Me)
dan lagu terbaru tiba2 dengar dalam IKIM..mcm tau2 je aku tgh patah hati time tue..
lagu patah hati by Saujana..

tunjuklah cket lirik dia yang boleh menaikkan semangat aku supaya terus kehadapan.. :)
lirik yang nie je, lirik sebelumnya xde kena mengena dgn aku..


PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
see..renung2kan..insyaALLAH..you will be OKAY.. :)
last but not least...SABAR..
Sabar kan separuh daripada IMAN..
فصبرون جميل والله المستعان على ما تصفون
maka hanya yang bersabar itu adalah terbaik. dan kepada ALLAH sahaja pertolongan dipinta
(YUSUF: 18)

sekian...wassalam

Thursday, January 13, 2011

pieces of my friends-part 2/ finale

 sambungan dr pieces of my friends part1..

HAFIZUL TAUFIK- hoping that one day, I can be a man, that needs no introduction..aku pon nak jadi woman that need no introduction jugaklah..boleh x? (this guy very ambitious u know..like a person I know..^-^ )

WANI- olohlaaa..bakpo pulok tuh..(dia membebel kt aku..hobi dia adalah membebel kt aku..cett..)

SU'AI- chakiya!!!

EKIN- gappo dio?? hahaha..nie org kedah cakap kelate...suka dengar..mcm org siam cket ..

KINA- ABN, SSBN.. (cett..jgn samakan 'dia' lah)

ALKAFF-  pizze..(org kedah nk ckap bahasa melayu standard, mcm tulah jadi nya)

SOFIAH- sengal nak mam***

SUFI SOLEH- siti.. (ingatkan garang, tapi pandai jugak dia bergurau..)

ROYAL ZAIM- saya nak kawin..(dia post kt status facebook..daring lah zaim nih..mesti da ada org istimewa nih..jeles aku..)

HANNAH- oh, yeke? xpenah perasan pun..(a blurr person but comey)

4th batch delegacy..Bachelor of Dental Science.. 2010-2015


full stop..
wassalam.. :)

Wednesday, January 12, 2011

waterfall ^-^

korang percaya x kalo aku cakap kt UIA Kuantan ada waterfall..
mesti xtercapai akal korang kan?? hehehe..
meh cini nak gosip cket..kt UIA Kuantan ni sbenarnya ada waterfall..alaa,air terjun tue..

kalo korang xcaya, tadi aku pegi mandi kt waterfall tue...
SUBHANALLAH, seronok sgt..

nak jadikan kesah..ceritanya mcm nie..
petang tadi, terima msj dari kawan aku, budak medic..kononnya nak lepas tension la kan..dah abes exam 2nd block..
" jom pg waterfol ptg ni..bw kure2 jaln2+piknik+mandi2."

haah, biar betul..bole mandi ke?? waterfol ape??..xnak lah aku..sonoknya nak tgk kura2..lame xjumpa ngan si Snow and Squid tue..

dalm kul 5.30,kitorang pown berangkat pg waterfol..air turun dr bukit..sejuk!!! dah la sekarang musim sejuk..best3..

to Andah, thanks ajak aku pegi piknik..best sgt2..siap jumpa ngan udang lagi, tangkap dan bela siap..
dan sekarang nie kura2 dan udang2 nya duk ngan aku..esok dia nak balik kampung..bercuti..
jadilah aku dan esah mak angkat kura2 dan udang2 dia..hehehe..

welcome home Snow and Squid..!!
udang2 xtaw nak letak nama ape?? baru je dpat petang tadi.. :) {bg suggestion please...(: }

xbest kan kalo xde gambar??
aku nak letak la nie..saksikan lah keseronokan kami.. :)

maintain lagi..xkena air ag..

mula2 sampai..jual mahal xnak mandi..

esah wif si SQUID

last2 aku yang tenggelam masuk dlam air..2org xpuas ati ngan aku.

SQIUD AND SNOW..org istimewa andah bg nama.. :)

udang yg kami tangkap kt waterfol..

kami masih lagi dalam air..kononnya xnak mandi..last2 xse tinggal pon tpt ni..huh..

waterfol nie kt belakang T2 je..dekat sgt ngan mahallah kami..hehehe..
today is Andah's day..kami melayan andah..opss..kami melayan karenah kami sendiri..
hehehe..best taw pg waterfall nie..lg best dr pegi ECM @ Gambang Waterpark..sbb xperlu keluarkan ongkos.. :)

wassalam..
jom sambung study..tiiiiiiiiiitttt.. ^-^

Monday, January 10, 2011

pieces of my friends..part1

ok..nie adalah entri dimana aku sgt suka apabila kawan aku cakap @ post ayat2 di bawah nie.. :)

AQILA- mencintai tidak bererti memiliki..

QAYYIMAH- janganlah bagi harapan pada saya...


SHAF AI- kegagalan adalah kejayaan yang ditangguh..


IZZ- alaaa...alaa. & k.taq, kawin umur 28!!!


ESAH- suka ati engko lah..& kepala hokhek..

NURUL- I buat nie tuk masa depan anak2 I..

SAIFULLAH- that's not indicator..

setakat nie dulu...nati aku tambah lagi.. :)

Wednesday, January 5, 2011

New Building of KOD

alhamdulillah..akhirnya siap jugak bangunan KOD yang baru..tp xdelah siap sepenuhnya lagi..lebih kurang 3/4 gak lah..
sekarang nie kitorang hanya menumpang bangunan SCIENCES je..
Februari nie insyaALLAH, kami akan bermula belajar di bangunan baru tue..
bangunan tue boleh nampak kawasan Bukit Istana..kawasan orang2 kaya..tue pon boleh jadik penaik semangat tuk kitorang belajar bersungguh-sungguh..sape xnak idup senang wei..so, belajar lah bersungguh-sungguh...

foto-foto nie aku curik dr facebook nazim..nazim, mintak diambil foto-fotonya ya pak..(indon version)maklumlah bahasa speaker yang aku pergi daurah last week masih terngiang-ngiang di auricle ku.. :) rindunya pada semangat beliau..
jom kita layaannn......

nampak cam bentuk gigi x..??ade la cket2 kan..tang root tu..




luas nyo lah..bape orang je nak belaja kt cni..

seronok kan tgk bangunan baru nie..
xsabar nak mula belajar kt cni..xsabar ke?? satu persoalan disitu..
ok lah..selamat belajar semua..
dan jangan lupa tanggungjawab anda yang utama terhadap ALLAH..
renung2kan dan selamat beramal.. :)

Thursday, December 23, 2010

please...

please stop hating me...
ada aku buat salah ke?
apa salah aku??
ke dia jealous??maybe..dia mungkin jealous ngan aku, that's why dia ada xpuas hati ngan aku..
perghh..
nauzubillah..

cukup2 lah tue sakitkan hati org..xbaik taw..
aku pun xtaw apa yang aku buat sampai dia xpuas hati ngan aku...

aku mintak maaf lah kalo ada benda yang kamu xpuas hati..
sesungguhnya diri ini hanya ingin mendapatkan keredhaan ALLAH..
bukan keredhaan MANUSIA...

SO SORRY SEBAB X DAPATKAN MEMUASKAN SEMUA PIHAK...
I'M NOT A GOD..
I'M JUST A HUMAN BEING WHICH HAVE A LOT OF WEAKNESSES...

BE GOOD TO PEOPLE AND PEOPLE WILL BE GOOD TO YOU.. :-)
INGAT JASA ORANG PADA KAMU TP LUPAKAN JASA KAMU PADA ORANG..
DAN KAMU AKAN JADI ORANG YANG SENTIASA MENABUR BUDI.. :)
my ummi always says that to me...
thanks ummi..

p/s: aku xtepon umi lagi ari nie..patutla sero xsedap ati..

finally, it's friday...:-)

salam sejahtera dan selamat petang buat anda2 semua..
sudah lame aku xmenghupdate blog...
mesti follower aku ternanti nanti..koya nyoh la aku nih..
this week is very hectic for me as a dentistry student and also as a muslimah..

minggu nie kelas almost penuh..tp selalunya xdop la hectic minggu nie..
mybe sbb ade kalas ganti bro.Abdul dan dgn dia plak yang suka hati dia nak mengextend kan kelas sampai curi masa makan kami semua..
itu juga adlah factor kenapa mnggu nie terlalu hectic dan letih..

semalam plak baru je lepas program 'Ladies Night'..theme nya adalah 'Bride Masquarade'..
memang ladies night lah..sume pakai baju mengerlap..comey2 dan lawa2 semua..hohoho..
well, after program sgt letih..
tp aku menggagahkan diri tuk mengupdate blog walaupun letih sbb aku tgh dalam mood yang 'saaaaangat baik'..
betullah org cakap, dengan menulis, kita dapat meluahkan perasaan kita..

pagi nie plak,kul 6pg aku ada usrah..alamak!! seriously menggelabah giler tyme bentang tadi..sob33...

dan petang nie plak nya, ade pertandingan bowling..petandingan nie just for 4th batch Dentistry student ja..org len xley masuk campur..hehehe..
well, mcm biasa lah..brothers suka memperlekehkan sisters..esp headcom DnT, cett..berlagak nak mam___*sambung sendiri..(just kidding)
kita tgk sape yang kena..
to all sisters..kita men for fun je..
aku pown bukannya reti men..selalu je masuk longkang..sob33..


klah..
wassalam.. :)
let's go to KOD... :)

Saturday, December 11, 2010

padan muka

padan la muka ko Taqwa!!!
len kali jangan buat lagi..

Serve your right!! :-P


 Aku: i will never do it again..I promise!!! :(


JEJAK KASIH


Jejak kasih ke org panggil apabila kita xjumpa dgn family kita selama 40thn??
Jejak kasih la tu kan...hohoho..whatever lah kan..

Khamis,kul 11.30 mlm family aku sampai kt Kuantan..
kitaorg bermalam kt sebuah hotel kt area Kuantan, nasib baik wat reservation dulu..kalo x, memang xde tempat utk tidur..
Jumaatnya, after aku abis kelas dalam kul 4.00ptg gitu, kitorang memulakan pengembaraan jejak kasih ke Temerloh (bukan Temerloh, tp lbih kurang 1jam dari Temerloh)..Kampung Chemomoi..sangat lah lama duk dalam kereta..dalam 3jam lebih lah duk cari kampung Chemomoi tue..tp kerana ingin menjalin balik ikatan yang telah putus, kitorang sanggup meredah bukit bukau..huhuhu..

Jejak kasih ni antara abah aku dan bapa saudara nya yang dah lame xjumpa..dalam mase 40thun kot..diorng berpisah mase abah aku umur 6tahun..sekarang umur dia dah 50lebih2..

sangat lah lama!!

rumah ayah saudara abah aku..sape snap pic nie..jauh pemandangan nye..

dari kiri: pakcik rasdi, tuk ayoh, mok, dan isteri pakcik rasdi..(xingt name ape)

dr kiri: sepupu aku dan adik aku (mereka adalah driver)

inilah kami semua..poyo je aku pegang baby..abah aku bersama ayah saudaranya..


nur quraizah..comey2..
kami sampai pukul 7.30mlm dan bermalam disitu..esoknya(hari ni), kitorang bertolak ke Kuantan..
alhamdulillah, JEJAK KASIH berjaya!!!
credit to aku actually..abah aku oyak, sbb aku belaja kt cni lah(Kuantan), dia ade kekuatan tuk cari bapa saudara nya..hehehe..(unsur2 bangga dicitu) 
astaghfirullahalazim..

klah, dah letih menekan keypad..
wassalam.. :)

Tuesday, December 7, 2010

I love the way U are..

hehehe..
saje nak post kt cini..
sebabnye kalo post kt facebook..
terang2 semua orang  dapat baca..

I LOVE the way U ARE...
that is it!!!
:-)
jabal rahmah..aku pernah dtg cini, umi aku suh doa dapat jodoh.. hebat x?